Kamu Yg Dikasihi

Wednesday, 9 January 2013

 Saya Cikgu Tadika Sudah.... :)

Berurusan dengan orang dewasa ni kadang-kadang memang boleh buat seseorang tu boleh sakit jiwa..hew3..sebab..?? yela dah besarkan...dah boleh berfikir..bila tak bertentang dengan pendapat kita atau mereka bersikap kurang ajar memang boleh buat kita fedup...berbanding dengan kanak-kanak... berurusan dengan kanak-kanak adalah lebih baik daripada berurusan dgn orang dewasa..yela..mereka budak-budak lagi...tak tahu berfikir dan tak boleh beza mana satu baik dan buruk...jadi bila nak marah pun kita akan terfikir..mereka budak-budak lagi..mereka perlu dididik dan dinasihati...dan mereka jugalah penawar pada kita..telatah mereka...memang boleh buat kita tersenyum walaupun pada insan-insan yang tak suka budak-budak...aishhh..ape alasan kalian-kalian itu yang xsuka kan budak??..heyyy..tolong cermin diri kat cermin toilet tu...bukan ke kalian-kalian pernah melalui zaman kanak-kanak??...jadi mengapa perlu tak suka pada kanak-kanak?..alasan yang diberi..."Kanak-kanak annoying.." hamboi2..macam la kalian-kalian dlu tak berpeangai macam tu...huhu...

heee...berleter panjang-panjang pun tak guna...apa-apa pun i love my new career...-cikgu tabika-
menjadi cikgu tadika ni memang satu pakej untuk saya mendidik diri saya untuk menpunyai sifat sabar yang tinggi... :)... jadi..semoga ia dipermudahkan oleh yang ESA... :)






Gaya cikgu afrah...hew3




bawak la diorg pergi jalan-jalan dekat muzium usm...ok cikgu2 yg over..sbb kat depan skali...heee

Tuesday, 26 June 2012

Doa Seorang Hamba-NYA....

Doa ni saya terjumpa masa tgh syok2 youtube...:)...mari kongsi sama2...saya re-type balik... Doa Seorang Hamba-NYA....


Wahai ALLAH YANG MAHA PENGASIHSejahterakanlah untukku…Ya ALLAH..Semoga aku sihat & bahagia…Semoga aku bebas dari kemarahan & kebencian…Somaga aku bebas daripada kemiskinan jiwa & raga…Semoga aku bebas daripada penderitaan jasmani & rohani…Semoga aku dapat mempertahankan kebahagian sendiri… Wahai ALLAH YANG MAHA MEMBUKAAjarlah kami yang lemah untuk melihat jalan keluar dari semua masalah…Bukalah hijab kami yang tak mampu melihat kebaikkan pada peristiwa…Jangan tutup untuk kami pintu kebaikkan yang selayaknya kami dapat…Sekiranya ENGKAU mengkehendaki sesuatu tertutup…Betapa apa pun segala kekuatan bersatu untuk membukanya…Pasti tidak ada yang akan membukanya KECUALI…Dengan kekuasaanMU YA ALLAH… Kami berdiri digerbangmu mengetuk pintuMU bertalu-talu…YA FATTAH…YA FATTAH… YA FATTAH…Buka pintu hijab kami YA FATTAH…Kami mengharap redha dan kasihMU…Kami mengharapkan dibuka pintu rahmatMU seluas-luasnya…Maka kami menzikirkan ASMAMU… Bukalah segala kebaikan untuk kami…Dengan namaMu YA ALLAH, AL FATTAH  Wahai ZAT YANG MAHA PEMBUKA… Kami berharap terbukalah semua pintu barokah… YA RAHMAN  YA TUHANKU…Meskipun aku belum sempat mengucapkan kesyukuran atas segala nikmatMU untukku… Aku redha , aku ikhlas & aku pasrah YA ALLAH…YA ALLAH… Kini aku mengetuk lagi menyampaikan hasrat & hajatku lagi…Aku memohon agar ENGKAU tetap sudi mendengarnya kerana sesungguhnya…KAULAH YANG MAHA MENDENGAR… YA WAHAB… KAU peruntukkan kecukupan untukku dan saudara-saudaraku…YA GHANIY… YANG MAHA KAYA & LENGKAP…KAU kurniakanlah ke dalam hati-hati kami NUR Muhammad, KekasihMU…Agar kelak cahaya ini menjadi pelita untuk kami menuju NUR-MU.. YA RAZZAQ… YANG MAHA PEMBERI REZEKIKAU limpahkan rezekiMU yang barakah buatku dan saudara-saudaraku…Agar kami dapat meneruskan sedekah amal jariah terhadap yang memerlukan…Agar kami dapat limpahkan kurnia kekayaan zahir & batin yang KAU amanahkan…Agar kami jauh dari kefakiran & kemiskinan yang boleh membawa kami kepada kekufuran…Agar kami dapat meneruskan hidup kami dalam kelapangan dan kesenangan yang membawakan jiwa kami kepada kemakmuran…Lalu kami Berjaya menguasai diri untuk Berjaya sebagai hambaMU dunia & akhirat… YA RASHID… YANG MEMIMPIN KEPADA KEBENARAN…Jika ada antara kami ini jauh dariMU…Mohon YA ALLAH dekatkanlah kami kembali serta bangkitkanlah rindu asmara kami terhadapMU…Sesungguhnya KAU MAHA DEKAT…KAU hampir pada setiap dari kami, sesungguhnya kami ini sering lalai…YA ALLAH…dekatkanlah kami padaMU YA ALLAH… Mohon KAU celikkan hati dan nurani kami dengan ilmu yang bermanafaat…Ringankan usaha & iktiar kami, limpahkan kami cahaya ilmu YA ALLAH…Aku yang masih fakir… YA ALLAH ampukan aku YA ALLAH… YA ALLAH lapanglah dada kami serta lupakanlah pada sengsara kami…Selamatkanlah keluarga kami serta berilah penyeri dalam ikatan pertalian yang dibina oleh kami… YA ALLAH selamatkan perjalananku dan seluruh umat MUHAMMAD…Selamatkanlah kami ketika kami melaksanakan tugasan hidup kami dan pada setiap hari-hari kami…Anugerahkan kami kekayaan kemakmuran dan kuasa yang mencukupi dalam bentuk  masa kekuatan dan harta…Agar bebanan yany terpikul menjadi ringan dan mudah…Agar segala janji ditunaikan dan segala ibadat mendapat redhaMU YA ALLAH… YA ALLAH sekiranya ada yang tertinggal kata-kata dalam doaku ini…KAU tahu apa terkandung di dalam isi hati aku jua…Ampukan segala dosa-dosa besar & kecilku terhadapMU YA ALLAH…Dan kepada kedua ibubapa aku, saudara-saudara, sahabat handai dan seluruh umat MUHAMMAD sama ada yang masih hidup mahupun yang telah pergi terlebih dahulu bertemuMU…ampukan dosa-dosa mereka YA ALLAH…Ampunkan aku YA ALLAH kerana terlalu banyak yang aku meminta-minta kerana sesungguhnya pergantunganku, ibadatku, solatku, hidup dan matiku hanya padaMU YA ALLAH… YA ALLAH…tolonglah aku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku…Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan…Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali…Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku…danJadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan…AMIN…



Wednesday, 18 April 2012

Gmail...kenapa blog kan saya???...

aiyo..terkezuttt cheq..hohoho...ade blog sendiri...huhu2...Google Gmail punye keje...hoho2...En. Google Gmail...tahukah kamo bahawa saya sorang manusia yang malas membaca dan malas menulis...kamo telah memaksa saya ye En. Google Gmail...hohohoh...xpa la...redah jelah....:)...